29 April 2012

KEJOHANAN TENPIN BOLING PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2012

     Pada 25 & 26 April 2012, telah berlangsung satu kejohanan tenpin boling Pendidikan Khas Zon Jasin bertempat di Malacca International Bowling Centre(MIBC). Kejohanan ini melibat kesemua Program Pendidikan Khas Zon Jasin samada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kejohanan ini dirasmikan Perasmian Penutupnya ole YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin.
     PPKI SK Nyalas telah berjaya memperoleh kejayaan iaitu NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU(L) BWH 12 TAHUN melalui Muhammad Fikri , NAIB JOHAN KATEGORI BERPASANGAN(P) BAWAH 12 TAHUN melalui Nur Aleya Faqehah dan Raf Ayuni dan NAIB JOHAN KATEGORI GURU PEREMPUAN melalui Pn. Siti Hawa Bt Boharim.
Tahniah kepada mereka semua!!!!

Peserta-peserta bergambar sebelum memulakan kejohanan.

Bersama-sama guru yang terlibat

Aksi selamba...senyum keriangan



Wakil Kategori berpasangan bwh 14 tahun

Bergaya sekali Amirul...tapi nasib tidak memihak kepadanya.


Naib Johan Kategori Individu Bwh 12 tahun- Muhammad Fikri

Naib Johan kategori berpasangan bwh 12 tahun- Nur Aleya Faqehah dan Raf Ayuni.



13 April 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MYDIN MALL MITC


Selepas terapi air,  PPKI SKN telah mengadakan program lawatan sambil belajar di Mydin Mall MITC Melaka. Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman secara langsung untuk murid-murid berurusan dalam jual beli barang.
Setiap murid dibekalkan RM20 setiap orang.
Oleh itu murid-murid perlu menggunakan wang tidak melebihi wang yang diperuntukkan.
Murid-murid sedang memilih barang
Guru membantu murid memilih barang
Mendengar sedikit taklimat dari wakil Mydin sejurus tiba di lokasi.

Beratur di kaunter pembayaran untuk bayar barang-barang yang dibeli



Menerima sumbangan cenderahati daripada pihak pengurusan Mydin.


TERAPI AIR TAMAN REKREASI TAMAN BUAYA

Pada 9 April 2012 yang lalu PPKI SKN telah mengadakan aktiviti terapi air di Taman Rekreasi Taman Buaya Melaka. Aktiviti ini turut disertai oleh ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI SKN.
Objektif terapi air ini adalah untuk memperluaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada tentang alam sekitar dan memberi terapi kepada murid selain daripada mewujudkan hubungan silaturahim yang mesra antara murid, guru dan ibu bapa/penjaga.

Taklimat oleh Puan Siti Hawa
 
Puan Norli bersama anaknya
Puan Ramlah bersama anak sedaranya
Puan Azah dan anak perempuannya
Puan Zainab
Murid dan bapanya
Guru pelatih IPG KPM yang turut menyertai aktiviti
Guru-guru, PPM, ibu bapa/ penjaga dan murid-murid yang menyertai program terapi
"Water Confident"



Pertandingan bola tampar air

11 April 2012

BENGKEL KESENIAN

Satu bengkel kesenian telah diadakan di kelas PPKI SK Nyalas pada 2 mac 2012. Bengkel ini bertujuan untuk membuat kad ucapan yang akan dijual bersempena dengan Hari Guru yang bakal tiba bagi mengumpul dana.







MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

Pada 27 dan 28 Mac 2012 yang lalu telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat zon Jasin di SMK Simpang Bekoh. Murid-murid PPKI SK Nyalas telah menyertai pertandingan hafazan, azan subuh, tulisan khat dan nasyid. Murid murid PPKI SK Nyalas telah menjuarai pertandingan azan subuh dan nasyid.