SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (P)
SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS

Sekolah Kebangsaan Nyalas amatlah bertuah kerana telah diberi peluang untuk membuka Program Pendidikan khas Integrasi (Pembelajaran) pada awal tahun 2000. Pn. Seniwati bt. Ahmad dari Sekolah Kebangsaan Air Baruk adalah Guru Pakar Pendidikan Khas, telah  membuka program Pendidikan Khas dengan keluasan kelas yang bersesuaian selama setahun sehingga bangunan Program diubah suai pada akhir tahun. Guru Besar pada ketika itu ialah Tn Hj Abd. Sahak Bin Manas. Kemudian, Pn. Seniwati telah berpindah dan semua tanggungjawab telah disempurnakan oleh Pn. Siti Hawa binti Boharim bermula 01.01.2001 dan Guru Besar pada ketika itu ialah En Abu Bakar Bin Hj Tamam  sepanjang Jan 2001-Dis 2001. Manakala selepas itu, Pn Hjh Zalifah Bte Ismail (Pmg GB) 2002-2002. Selepas itu, En Kamal Bin Hj Abdullah  Guru Besar yang bertanggungjawab sepanjang 2003-2008 yang banyak memberi kerjasama dan perihatinnya kepada murid- murid Pendidikan Khas ini. Setelah beliau berpindah, Pn Hjh.Asiah Binti Hj Ahmad pula yang menyambung hasrat Pendidikan Khas ke arah kecemerlangan.                                              
            Pada bulan Januari 2001, sebuah bangunan yang mempunyai kelengkapan sepenuhnya telah didirikan di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Melaka. Bangunan yang didirikan meliputi 2 buah bilik darjah, sebuah bilik masakan dan sebuah tandas murid dan bilik mandi dan ruang tengah. Unjuran yang dibuat bersesuaian dengan jumlah pelajar yang ketika itu seramai 5 orang. 2 orang Syndrome Down dan 3 orang Slow Learner. Guru seorang sahaja iaitu Pn. Siti Hawa bt. Boharim, juga selaku Penyelaras.
Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di Sekolah Kebangsaan Nyalas Pada bulan Oktober 2006, program ini menerima peruntukan ubahsuai bangunan sebanyak RM 20,000.00 dan peruntukan peralatan pengajaran dan pembelajaran sebanyak RM 10,000.00 di bawah peruntukan RMK 9. Ubahsuai yang dilaksanakan merupakan sebuah bilik Pengurusan Diri dan Pondok bacaan.
            Kini, jumlah murid di Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di Sekolah Kebangsaan Nyalas adalah seramai 23 orang dengan 9 kategori.  Kategori murid yang terdapat di sini adalah seperti Bermasalah Pembelajaran, Sindrom Angelman, Autisma, Hiperaktif, Disleksia, Terencat Akal, Masalah Penglihatan (Terhad),  Perkembangan Lewat (Delay Development) dan cerebral palsy.  Jumlah tenaga pengajar pula adalah seramai 7 orang iaitu 6 orang guru perempuan serta seorang guru lelaki. Pembantu Pengurusan Murid pula adalah seramai 2 orang.