VISI,MISI & MATLAMAT

VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.



MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan pendidikan yang
berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas. Menjadikan mereka insan yang dapat berdikari , berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti  kepada Masyarakat dan Negara.


MATLAMAT

   Matlamat bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (B) SK Nyalas adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Di antara matlamat- matlamat yang ingin dicapai pada akhir persekolahan sekolah rendah murid akan dapat:

1.Mengurus hal-hal kehidupan seharian.
2.Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
3.Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi.
4.Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor kasar dan halus.
5.Menghayati dan mengamalkan nilai- nilai murni.
6.Memperkembangkan potensi, bakat, daya kreativiti dan intelek.
7.Membolehkan kanak- kanak melakukan praktis asas dan menjalankan kerja dengan sendiri serta mendengar arahan.