18 July 2013

PEMANTAUAN BERKELOMPOK JEMAAH NAZIR KE SK NYALAS- FASA 1

     Pada bulan April yang lepas, sekumpulan jemaah nazir yang terdiri daripada 8 orang telah hadir ke SK Nyalas bagi tujuan pemantauan keseluruhan. Tidak ketinggalan juga turut hadir adalah Nazir Pendidikan Khas iaitu En. Mansor.

    Kedatangan beliau banyak memberikan kami manfaat dan juga tunjuk ajar. Fokus utama beliau adalah untuk melihat pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sk Nyalas. Terima kasih di atas semua tunjuk ajar dan teguran yang diberikan..

"TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA DATANGLAH LAGI.." 

Barisan Jemaah Nazir yang sedang bersedia untuk membentangkan laporan hasil dari pemantauan.

Sabar menanti

Cikgu-cikgu pun sabar menanti..Over pulak Pn. Norli ni..heheheh

Kami yang sentiasa memilih meja paling belakang, mmg selalu macam ni..

Seronok betul kan diorang ni..macam xsabar je nk dengar hasil pemantauan

Nazir Pendidikan Khas iaitu En. Mansor pun sudah bersedia.

Sempat merakamkan kenangan bersama En. Mansor




MAJLIS JALINAN KASIH PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2013

     Sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas zon jasin, satu majlis telah diadakan bertempat di Hotel Seri Impian Jasin.

Majlis yang berlangsung pada bulan Mac ini telah dihadiri lebih kurang 400 lebih warga pendidikan khas Jasin telah berkumpul disini untuk jamuan Hi-Tea.

   Penyampaian hadiah hari kualiti juga telah diadakan serentak. Tahniah kepada semua penerima hadiah pada hari tersebut. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Unit Pendidikan Khas dan penyelianya.

Peserta untuk Persembahan Perasmian Majlis yang terdiri dari gabungan murid sekolah rendah dan menengah

Tenaga pengajar dari SK Nyalas laaa....gorgeous gitu....

Pn. Noor Syamiza dan Cik Salihatun
Tiga serangkai...tiga sekepala...

Masing-masing berkipas kepanasan kerana tetiba blackout

Pn. Noor Syamiza menerima Anugerah Penghargaan Kokurikulum daripada
 Pengerusi Zon, En. Yghafarullah

Cik Salihatun juga turut  menerima Anugerah Penghargaan Kokurikulum daripada
 Pengerusi Zon, En. Yghafarullah

Bergambar bersama Nur Mahirah Rosli yang mendapat keputusan 2A2B1C dlm UPSR 2012

Nur Mahirah Rosli mendapat penghargaan setelah mendapat keputusan yang baik dalam UPSR