07 July 2012

KEJOHANAN PETANQUE PEND. KHAS ZON JASIN 2012


Pasangan kategori Double Bwh 14thn : Muhd. Amirul dan Muhd Izzuan
yang berjaya menggondol gelaran Naib Johan.

Muhd Fikri yang berjaya mendapat Johan dan Anugerah pemain terbaik bwh 12 tahun.

Gaya pemain menuju ke gelanggang untuk bertanding.

Kategori Trio guru/ppm...melawan Sk Masjid Baru

Trio Sk Nyalas...guru kalah xper, janji murid meraih pingat. 

Bersama Penyelaras PPKI Ibnu Sina SK Btang Melaka, Pn. Norashikin

Bersedia untuk Majlis Penutupan Rasmi

Wajah keriangan semua pemenang kategori single bwh 12 thn

Para pemenang kategori double bwh 14 tahun





Wira-wira petanque SK Nyalas..Good job!!!
     Bertempat di Padang Sek. Keb. Cincin ,Jasin, satu Kejohanan Petanque telah diadakan pada 19-21 Jun 2012 yang lalu. Kami telah menghantar wakil bagi kategori Single dan Double lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, kami memenangi 3 kategori iaitu Johan Kategori Single Lelaki Bawah 12 tahun melalui Muhd. Fikri Bin Abdul Latif. Beliau juga telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bawah 12 tahun. Selain itu, kami memenangi Naib Johan Kategori Double Lelaki Bawah 14 tahun melalui Muhd Amirul dan juga Muhd. Izzuan. Tahniah kepada mereka keran mengharumkan nama sekolah. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat melatih murid-murid ini iaitu Pn. Noor Syamiza ( Pengurus Pasukan), Cik Salihatun dan En. Firdaus selaku Jurulatih.